
Lokasi bazar yang terletak di perkarangan Masjid Terapung...
Salam 1 Malaysia... kali ini saya bawakan satu lagi lokasi yang selalu menjadi tumpuan para pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa iaitu Bazar Ramadhan Kuala Ibai yang terletak di kawasan Parking Masjid tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung di Kuala Ibai.
Bazar yang sentiasa dipenuhi pengunjung ini menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa ini biasanya dibuka selepas solat Asar. Dengan harga yang amat berpatutan dan para penjualnya yang ramah pasti dapat menghilangkan seketika rasa lapar dan dahaga setelah seharian berpuasa.
Pelbagai juadah tradisi mahupun moden terdapat di sini antaranya seperti nasi dagang, nasi minyak, nasi bukhari, keropok lekor dan pelbagai jenis kuih muih yang pasti amat menyelerakan dijual dengan harga yang amat berpatutan.


Nasi goreng dan mee goreng juga menjadi pilihan...
Betullah orang kata di bulan puasa ni memang akan kelabu mata dibuatnya jika berkunjung ke bazar Ramadhan.

Aneka air buahan yang terdapat di sini...
Selain makanan dan kuih muih terdapat juga gerai yang menjual aneka air minuman. Antara air minuman yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung ialah gerai yang menjual air buahan. Peelbagai jenis air buahan yang dijual antaranya seperti air buah naga, air tembikai, air mempelam dan pelbagai lagi. Pendek kata berkunjung ke sini pasti pulang dengan kepuasan.




0 comments:
Catat Ulasan