Isnin, Ogos 02, 2010

Malam Di Taman Rekreasi Balik Bukit...


Salam 1 Malaysia... Jika sebelum ini saya bawakan Taman Rekreasi Balik Bukit di waktu siang, kali ini saya ingin berkongsi suasana malam di sini. Percikan cahaya lampu menggamit mata untuk memandang.


Di sini terdapat sebuah restoran bercorak terbuka yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang pastinya amat menyelerakan.


Lokasi ini sentiasa menjadi tempat berkumpul geng-geng kelab sukan bermotor untuk menikmati makanan dan suasana malam di sini.

Di sini juga menjadi lokasi yang amat sesuai untuk menjamu selera bersama keluarga dan sanak saudara sambil menikmati bayu malam Sungai Terengganu. Selamat bercuti...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima Kasih... Sila Datang Lagi...